Friday, April 20, 2012

Kes Salah Laku Di Kalangan Pelajar Pra-U


Tingkatan 6 sekarang dikenali sebagai Pra-Universiti. Ia merujuk kepada laluan ke universiti selepas peringkat menengah sama ada Tingkatan 6 atau matrikulasi.

Oleh kerana  kes salah laku di kalangan remaja terutama pelajar semakin berleluasa hari demi hari, kumpulan kami ingin menganalis dan mengupas mengenai "Kes salah laku di kalangan pelajar". Dan pelajar yang akan kami fokuskan ialah Pelajar Pra-U di sekolah kami, SMK Sultan Yussuf.


Apakah Masalah Yang Telah Dikenalpasti?




Sejak kebelakangan ini, isu salah laku pelajar hangat diperkatakan. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana melibatkan banyak faktor yang boleh mendatangkan kerosakan kepada remaja, agama dan negara. Memandangkan isu ini serius, kami telah mengkaji faktor-faktor terjadinya salah laku dan cara mengatasinya di kalangan pelajar Pra-U.




Objektif
  • Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan salah laku pelajar.
  • Mencari jalan penyelesaian terhadap salah laku pelajar.

Kes Salah Laku Yang Di Kesan Di Kalangan Pelajar Pra-U

  • Merosakkan harta benda sekolah 
  • Ponteng Kelas/ Sekolah 
  • Membuang sampah merata-rata
  • Berambut panjang/ Berkuku panjang 
  • Membawa barang terlarang ke sekolah 
  • Bergaduh 
  • Merokok 
  • Meniru
  • Lewat Ke Sekolah 
  • Mengganggu P&P
  • Mencuri 
  • Tidak menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru
  • Melawan guru
  • Buli 

Penyelidikan Pandangan Pelajar Mengenai Masalah Sosial











Tafsiran Data Tingkatan 6

•Kumpulan kami telah melakukan soal selidik mengenai tajuk Kes salah laku di kalangan pelajar Pra-U. Hasil daripada soal selidik yang kami dapati menunjukkan yang kes salah laku di kalangan pelajar Pra-u masih terkawal. Kami telah melakukan soal selidik ini terhadap 25 orang pelajar Tingkatan 6 atas di SMK Sultan Yussuf.

•Dalam kajian yang kami lakukan, terdapat 84% ataupun 21 orang pelajar yang mudah terpengaruh dengan media dan menyebabkan mereka terlibat dalam kes salah laku. 16% ataupun 4 orang pelajar yang lain tidak mudah terpengaruh dengan media.

•Daripada 25 orang pelajar yang disoal selidik, hanya 12% daripada mereka ataupun 3 orang daripada mereka yang setuju kes salah laku semakin berleluasa di sekolah terutama dalam kalangan pelajar Pra-U. Manakala, 88% ataupun 22 orang pelajar yang selebihnya menunjukkan respons yang berlainan.

•Apabila ditanya pelajar tentang sebab kes salah laku pelajar Pra-U, hanya 52% ataupun 13 orang yang setuju salah satu sebabnya ialah masalah kekeluargaan. 48% atau 12 orang pelajar yang lain tidak beranggapan sedemikian.

•19 orang pelajar atau 76% daripada 25 pelajar yang disoal selidik bersetuju bahawa pencapaian pelajar dalam bidang akademik merosot kerana terlibat dalam kes salah laku. Seramai 6 orang atau 24% selebihnya tidak bersetuju.

•Seramai 25 orang pelajar ataupun 100% yang bersetuju bahawa kerjasama ibu bapa dan guru amat diperlukan untuk mengatasi masalah ini.

•Kes salah laku pelajar Pra-U berlaku kerana kurang didikan agama. Seramai 22 orang pelajar ataupun 88% yang bersetuju manakala, selebihnya 3 orang ataupun 12% tidak bersetuju.

•Apabila di soal mengenai pengaruh rakan sebaya, seramai 16 orang pelajar ataupun 64% yang mengakui bahawa itu juga merupakan faktor kes salah laku. 36% ataupun 9 orang pelajar yang selebihnya tidak bersetuju.

•Pelajar yang bersetuju bahawa kaunseling ialah langkah terbaik untuk menangani masalah ini adalah seramai 22 orang (88%) manakala 3 orang (12%) tidak bersetuju.

•Seramai 21 orang pelajar (84%) mengakui bahawa guru di sekolah berperanan sebagai ibu bapa untuk mengawal pelajar. 4 orang pelajar (16%) berpendapat sebaliknya.

• 100% ataupun 25 daripada 25 orang pelajar yang disoal bersetuju bahawa masalah salah laku dalam kalangan pelajar Pra-U dapat dikawal.




Langkah-Langkah Mengurangkan Kes Salah Laku


Pihak Sekolah
  • Pihak sekolah bertanggungjawab untuk menghubungi ibu bapa atau penjaga jika pelajar mempunyai masalah disiplin yang perlu dimaklumkan.
  • Mengadakan program modal insan untuk pelajar yang bermasalah ataupun tidak.
  • Menghantar pelajar yang bermasalah ke sesi kaunseling.
  • Mengadakan slot ceramah dan motivasi.

Ibu Bapa
  • Berbincang dengan guru-guru untuk memahami situasi sebenar anak bagi memudahkan ibu bapa membantu anak.
  • Berbincang dengan kaunselor di sekolah untuk mendapatkan bantuan nasihat.
  • Memberi didikan agama dengan sebaik-baiknya.
  • Meluangkan lebih banyak masa dengan anak.
  • Sentiasa memberikan sokongan moral kepada anak.

Kaunselor Sekolah
  • Menjalankan sesi kaunseling secara individu ataupun berkelompok bagi pelajar yang bermasalah.
  • Memberi surat aku janji kepada pelajar agar tidak mengulang kesalahan yang sama.
  • Memonitor pelajar serta mengadakan beberapa aktiviti.
  • Sesi bersama pelajar untuk beberapa kali sehingga pelajar menunjukkan perubahan.
  • Membuat penilaian bersama guru-guru tingkatan 6 dan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6.

Menurut kaunselor di sekolah kami, kes salah laku di kalangan pelajar Pra-U tidak terlalu serius. Kes salah laku yang kebiasaannya berlaku di kalangan pelajar Tingkatan 6 ialah seperti ponteng kelas, bergaduh, lewat ke sekolah, dan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan guru.

Apa Peranan MPP?


  • Sentiasa berdamping dengan rakan yang berisiko ataupun sentiasa melakukan kesalahan disiplin.
  • Kami akan duduk bersembang dengan mereka dan memberi nasihat yang berguna.
  • 1 team mencegah kes salah laku pelajar akan diwujudkan.
  • Mengadakan meeting pada setiap minggu atau sekerap yang mungkin untuk membincangkan masalah ini.
  • Menganalis kelakuan pelajar dan mengenal pasti pelajar yang kerap melakukan kes salah laku.
  • Selaku MPP, kami harus menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar yang lain.
  • Memberi bantuan jika mereka perlukan bantuan.

Kesimpulan

Soal selidik ini mempunyai implikasi langsung kepada pihak sekolah, guru- guru, ibu bapa, kaunselor, dan MPP dalam melaksanakan kewajipan mendidik dan membimbing pelajar-pelajar ke arah pencapaian yang cemerlang. Justeru itu, pelajar-pelajar perlu diberi bimbingan berterusan bagi memajukan potensi mereka. Ibu bapa perlu memberi perhatian bagi menjamin pencapaian akademik dan pembentukan personaliti yang baik pada pelajar seperti meluangkan masa bersama pelajar, memberi sokongan dan hubungi pihak sekolah bagi mengetahui perkembangan dan masalah mereka. 



Masih banyak lagi faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku pelajar yang perlu dikaji dan dikupas kerana ianya akan dapat memberi sumbangan yang besar kepada semua golongan masyarakat dan pihak kerajaan bagi membendung masalah salah laku daripada berleluasa dan berterusan sehingga terbawa-bawa ke alam dewasa. Adalah amat merugikan sekiranya generasi akan datang yang dikatakan sebagai pemimpin masa depan tidak mempunyai disiplin dan personaliti yang baik disebabkan masalah salah laku yang mereka alami di zaman persekolahan tidak dapat ditangani dengan baik. Semoga para pelajar lebih-lebih lagi pelajar Pra-U sentiasa berpesonaliti sebagai pelajar yang baik dan berdisiplin bagi memastikan negara mempunyai pemimpin masa depan yang boleh dipercayai.



1 comments:

Anonymous said...

Kajian kes salah laku yang dijalankan betul-betul mengambil kira faktor persekitaran yang kerap berlaku belakangan ini. Usaha yang bagus. :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More