Tuesday, April 10, 2012

Isu Couple Di Kalangan Pelajar Sekolah



Dari perspektif Islam, remaja dianggap sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Pada peringkat remaja, golongan ini mengalami peralihan zaman,antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Pada peringkat usia remaja,berlaku perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental danemosi serta perubahan tanggungjawab dan peranan. Untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini,
golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik. Dengan sebab itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja.


Masalah 'couple' semakin menjadi-jadi di kalangan pelajar sekolah lebih-lebih lagi pelajar sekolah menengah sehingga menyebabkan peratusan masalah disiplin di sekolah semakin meningkat. Hal ini menimbulkan kerisauan ramai pihak.


Segelintir pelajar pada masa kini tidak mengendahkan nasihat-nasihat yang sering diberikan oleh guru-guru ketika di sekolah. Malahan, mereka tidak segan silu melakukan perbuatan sumbang ini di khalayak ramai. Kebiasaannya, gejala yang tidak sihat ini dapat kita lihat selepas sesi persekolahan. Pelajar-pelajar yang suka 'berdating' ini tidak akan pulang ke rumah dahulu tetapi lebih suka ke taman, shopping complex dan sebagainya untuk 'berdating' dengan pasangan masing- masing. Sesetengah tu, masih berpakaian sekolah tetapi menunjukkan aksi sumbang di khalayak ramai. Pelajar sekolah berkenaan akan dianggap sebagai masyarakat yang tidak bermoral dan berakhlak buruk oleh masyarakat lain. Hal ini akan memburukkan nama sekolah terbabit. Bak kata pepatah, keranai nila setitik, rosak susu sebelanga.



Isu 'couple' perlulah dititikberatkan kerana hal ini bakal mengundang pelbagai masalah. Seperti yang dapat kita saksikan pada hari ini adalah berkenaan dengan masalah pembuangan bayi yang semakin mengganas dan perlakunya tanpa memikirkan hukuman yang akan dihadapi akibat dari perbuatan terkutuk itu. Seterusnya, pihak sekolah disarankan untuk menguatkuasakan peraturan displin serta mengadakan kempen- kempen kesedaran untuk menangani masalah ini.




Tuntasnya, kita sebagai umat Islam sejagat haruslah menjalankan kewajipan yang diamanahkan oleh Allah supaya saling ingat- mengingati sesama manusia agar tidak melakukan perkara- perkara mungkar. Sekian, selamat menghayati kebaikan- kebaikan dan mesej yang ingin disampaikan oleh kami. Renung- renungkan.




0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More