Sekapur Sirih Daripada Admin

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.


          Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Ilahi, kerana dengan rahmat dan rahimNya, setiap saat kita diberi jutaan nikmat yang seringkali kita leka dan alpa. Selawat dan salam juga dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan sahabat baginda.

          Pertama kali kami iaitu Nur Hidayu, Mira Ermilia, Amizah Azam, Thong Yee Teng, dan Asmida ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung yang sudi mengunjungi laman web Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti Smk Sultan Yussuf ini. Untuk maklumat anda semua, tujuan asal laman web ini ditubuhkan adalah untuk menyertai Pertandingan ICT Duniaku 2012.

Mengapa Kami Memilih Untuk Menubuhkan Laman Web MPP?

          Dunia masa kini sedang mengalami perubahan besar sejak mula teknologi kecanggihan sebaran maklumat ini diperkenalkan. Kita sedang melalui proses pengglobalisasian. Globalisasi yang ditakrifkan sebagai dunia tanpa sempadan ini amat mencabar dan banyak menimbulkan kontroversi oleh kerana ianya mampu mengubah dunia dalam segala aspek. Dalam proses ini, sesiapa yang tidak mengetahui atau mengikut setiap perkembangannya, akan ketinggalan.

          Oleh yang demikian, kami pelajar Pra-U selaku MPP tidak mahu ketinggalan dalam kemajuan tersebut. Kami mahu memajukan diri kami sendiri dalam dunia teknologi. Selain itu, dengan wujudnya laman web ini, dapat memudahkan pelajar-pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sekolah, Pra-U ataupun MPP. Laman web ini juga akan menjadi platform untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara MPP dan pelajar Pra-U yang lain. Jadi objektif kami sebagai wakil pelajar akan terlaksana dengan adanya laman web ini.

          Bagaikan menyelam sambil minum air, melalui laman web ini, kami dapat manfaat 2 dalam 1. Seperti yang anda semua sedia maklum, laman web ini diwujudkan untuk menyertai Pertandingan ICT Duniaku dan sekaligus tertubuhlah laman web yang berguna untuk pelajar dalam mendapatkan info, membuat aduan, memuat turun subjek yang dikehendaki dan sebagainya. Melalui entri-entri di laman web ini, kami banyak memfokuskan mengenai isu-isu yang panas seperti kes salah laku pelajar dan  isu 'couple'. Ataupun lebih tepat lagi, mengenai masalah disiplin pelajar kerana disiplin adalah perkara yang sangat perlu dititik beratkan.

          Kami juga ada menyelitkan 5 elemen penting dalam multimedia iaitu text, graphic , audio, video, dan animation dalam laman web kami ini.

          Kami telah cuba sedaya upaya untuk mewujudkan laman web yang mesra pengguna. Andai kata kami tidak bernasib baik dalam pertandingan ini, kami tetap berbangga kerana telah berjaya menubuhkan laman web yang sangat bermanfaat ini.


          Akhir kata dari kami, kami harap laman web ini dapat memberi maklumat yang berguna kepada para pengunjung. Kami memohon maaf andai kami ada menyinggung hati mana-mana pihak.

Sekian, terima kasih.

 Nur Hidayu Binti Esahal 
Admin utama Laman Web MPP SMKSY.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More