Profil

logo
smk sultan yussuf
sys


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf atau nama ringkasnya SMK Sultan Yussuf, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Ilmu.

Sejarah  


1907 - Encik K.Malaiperumal Pillay menubuhkan English School, Batu Gajah. Bangunan sekolah dibina dari kayu-kayu yang diambil dari runtuhan
penjara lama.

1910 - Pentadbiran sekolah ini diambil-alih oleh kerajaan dan dinamakan Government English School Batu Gajah (G.E.S) Batu Gajah.

1929 - Kumpulan pertama pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan “School Certificate”.

1931 - Majalah Sekolah “The Gajah” diterbitkan buat kali pertama.

1951 - Sekolah berpindah ke bangunan baru yang dibina dilokasi sekarang. Namanya ditukar kepada “Sultan Yussuf School” bersempena nama Sultan yang memerintah pada masa itu

1953 - Blok makmal sains siap dibina.

- Bangunan asrama putera yang lama dibina.

1955 - Blok pejabat dan bangunan “Main Building” siap dibina.

1957 - Sekolah menyambut Jubli Perak penubuhannya.

1962 - Satu lagi blok sains dibina.

1963 - Satu lagi bangunan bilik darjah dibina berhadapan dengan padang sekolah.

1977 - Blok tingkatan enam siap dibina.

1983 - Bangunan Asrama Puteri siap dibina.

1991 - Kantin baru siap dibina.

1995 - Bangunan Asrama Putera yang baru, pintu gerbang konkrit dan tandas guru siap dibina.

1996 - Dua unit rumah warden dibina.

1997 - Makmal komputer tingkatan VI dilengkapkan.

1999 - Pusat Sumber Sekolah yang baru mula digunakan.

2000 - Sebuah makmal siber dengan kelengkapan 33 buah komputer berangkaian ditubuhkan.

2001 - Pagar berdinding di sekeliling sekolah dibina.

- Meletakkan “tile” di dewan dan pejabat lama.

2002 - Laluan berbumbung menyambungkan bangunan sekolah dengan Pusat Sumber dibina.

- Memasang dan melengkapkan bilik guru dengan penghawa dingin dan lantai “tile”.

- Menaik taraf pusat sumber.

- Mendapat kemudahan bas sekolah.

- Membina pintu pagar di belakang sekolah untuk laluan bas.

2003 - Bangunan tiga tingkat telah siap dibina dengan dilengkapi bilik mesyuarat, pejabat, bilik SPBT, dan bilik darjah.

- Bilik mesyuarat ketiga di pusat sumber disiapkan.

2004 - Surau Sekolah

- Bilik Muzik

- Bilik Pendidikan Khas dibina berhadapan dengan blok pentadbiran.

2005 - Dewan Baru mula dibina

2007 - Sekolah telah menyambut sambutan 100 Tahun SYS yang telah dirasmikan oleh [[Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah|Sultan Azlan Shah]] yang juga merupakan bekas ketua pelajar disini

2009 - Sekolah telah diiktiraf sebagai sekolah kawalan negeri

Tokoh-tokoh Sekolah

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah (Sultan Perak ke 34)
Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling (Pengasas Sunway Group)
Dato' Seri N.S. Selvamany (Tokoh Guru Kebangsaan 1997)
Kapten Dr. A. Soorian (Timbalan Presiden DAP 1969-1972)
Dato' Haji Ahmad bin Haji Saadi (Setiausaha Kerajaan Negeri Perak 1987-1992)
Dato' Seri Abdul Rahim bin Dato' Tak (Ahli Dewan Negara Perak 1984)
Dr. Chan Kwei Weng (Pakar Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur 1996)
Dr. Gregory Thong Tin Sin (Ahli Institusi Sumber Manusia)
Dr. Harbindar Jeet Singh (Ahli Majlis Persekutuan Fisilogi Asian dan Ocenian 1990-1998)
Dato' Hajjah Hendon binti Haji Din (Pengarah Urusan Syarikat Zet Enterprise Sdn. Bhd.)
Dato' Haji Ibrahim bin Haji Yeop (Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis 1983)

Senarai Pengetua


1 . K. Mudaliar >> 1907 - 1908
2 . MC. Champion >> 1908 - 1910
3 . J.R.D. Oliviero >> 1910 - 1913
4 . Gopal Singh >> 1913 - 1914
5 . W.D.A. Rabel >> 1914 - 1927
6 . Tuan Syed Shaidali >> 1927 - 1947
7 . V. Arumukham >> 1947 - 1950
8 . Victor Dury >> 1950 - 1954
9 . Brian Smith >> 1954 - 1955
10 . Yong Khee Hong >> 1955 - 1964
11 . Khoo Kai Kong >> 1964 - 1968
12 . Fong See Toon >> 1968 - 1972
13 . Abdul Rahman Yeop >> 1972 - 1973
14 . Mohamad bin Che Noh >> 1973 - 1975
15 . Shamsudin bin Jalil >> 1975 - 1980
16 . Abdul Rahim bin Abdul Hakim >> 1980 - 1990
17 . Tuan Haji Mohd Zain bin Haji Zon >> 1990 - 1994
18 . Tuan Haji Amin bin Alang Endut >> Mac 1994 - November 1994
19 . Toh Muda Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Wan Fadzir >> 1994 - 1996
20 . Tuan Haji Yaacob bin Abdul Hamid >> 1996 - 2000
21 . Tuan Haji Radzi bin Abdul Jabar >> 2000 - 2004
22 . Tuan Haji Azmi bin Ahmad >> 2004 - 2006
23 . Kapten Dr. Haji Ahmad Damanhuri bin Ibrahim >> 2006 - 2009
24 . Encik Ahmad Sanee bin Zainal Abidin >> 2009 - 2011
25 . Tuan Haji Mohd Jasmi bin Alias >> Mac 2011 - November 2011
26 . Tuan Haji Saidin bin Osman >> 2011 - sekarang

Lagu Sekolah

(Pengetahuan Asas Kebahagiaan)


Sekolah Menengah Sultan Yussuf
Gedung ilmu pengetahuan
Tapak semaian insan
Pusat kebanggaan tempatan

Pengetahuan asas kebahagiaan
Berdikari serta berbakti
Carilah kemajuan
Bekalan hidup kita nanti

Berazam mencapai kemajuan
Hadapi semua cabaran
Berpadu pada Rukun Negara
Bina Malaysia bersama

Berbangga dengan satu bahasa
Teguh bersama satu bangsa
Tumpukan taat setia
Negara kita tetap berjaya


Rumah Sukan

Disekolah ini, terdapat empat buah rumah sukan iaitu :-

  • Rumah Sultan (Kuning)
  • Rumah Shaidali (Hijau)
  • Rumah Keir (Merah)
  • Rumah Head (Biru)


Keistimewaan Sekolah

  • Sekolah Inggeris pertama di Batu Gajah
  • Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah pernah menjadi pelajar (Ketua Pelajar 1948).
  • Hari Penghargaan Sekolah setiap tahun dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak.
  • Tuan rumah Majlis Jamuan Rakyat Sempena Sambutan 100 tahun Batu Gajah.
  • Tuan Rumah Majlis Pelancaran Buku Tokoh-tokoh Batu Gajah dengan kerjasama Arkib Negara.
  • Sekolah Perintis IT (antara 15 sekolah terawal di Malaysia) 1999
  • Antara tiga sekolah perintis di Perak dalam Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah tahun 2005
  • Sekolah Harapan Daerah Kinta tahun 1999.
  • MS ISO 9001 : 2000 mulai 28 Disember 2007
  • Sekolah Kawalan Jabatan Pelajaran Perak
  • Diluluskan sebagai sekolah kawalan JPN mulai 1 Januari 2009.
  • Memiliki dua dewan. Dewan baharu berhawa dingin, 100” x 70” dengan kapasiti 800 orang pelajar.
  • Memiliki asrama lelaki dan perempuan.
  • Mempunyai Kelas Rancangan Khas(KRK) dan Kelas Aliran Agama(KAA)
  • Mempunyai kelas tingkatan 6 sains dan 6 kemanusiaan.
  • Mempunyai kelas Sains Sukan (Tingkatan 4 dan 5)
  • Merupakan antara Sekolah Premier Negeri Perak

Majalah Sekolah

Seperti sekolah-sekolah yang lain, SYS turut mempunyai majalah tersendiri. Majalah sekolah telah ditubuhkan buat pertama kali pada tahun 1931. Sebelum tahun 2000, nama majalah sekolah ialah Seri Gajah. Pada tahun 2000, nama majalah sekolah ditukarkan kepada majalah Yussufian. Pada tahun 2007, pihak majalah sekolah telah menghasilkan majalah Yussufian (Seabad SYS 1907 - 2007) sempena sambutan 100 Tahun SYS.

Kelas

Berikut adalah senarai kelas disekolah ini:-

Kelas Pendidikan Khas
  • Kelas Pendidikan Khas

Tingkatan 1
  • 1 Rancangan Khas 1 (1RK1)
  • 1 Rancangan Khas 2 (1RK2)
  • 1 Kelas Aliran Agama 1 (1KAA1)
  • 1 Kelas Aliran Agama 2 (1KAA2)
  • 1S
  • 1U
  • 1L
  • 1T
  • 1A
  • 1N

Tingkatan 2
  • 2 Rancangan Khas 1 (2RK1)
  • 2 Rancangan Khas 2 (2RK2)
  • 2 Kelas Aliran Agama 1 (2KAA1)
  • 2 Kelas Aliran Agama 2 (2KAA2)
  • 2S
  • 2U
  • 2L
  • 2T
  • 2A
  • 2N

Tingkatan 3
  • 3 Rancangan Khas 1 (3RK1)
  • 3 Rancangan Khas 2 (3RK2)
  • 3 Kelas Aliran Agama 1 (3KAA1)
  • 3 Kelas Aliran Agama 2 (3KAA2)
  • 3S
  • 3U
  • 3L
  • 3T
  • 3A
  • 3N

Tingkatan 4
  • 4 Sains 1 (4SC1)
  • 4 Sains 2 (4SC2)
  • 4 Sains Agama (4SA)
  • 4 Sains Teknologi Agama (4STA)
  • 4 Sains Teknologi 1 (4ST1)
  • 4 Sains Teknologi 2 (4ST2)
  • 4 Sains Sukan (4SS)
  • 4 Vokasional Teknikal 1 (4VT1)
  • 4 Vokasional Teknikal 2 (4VT2)
  • 4 Mata Pelajaran Vokasional (4MPV)

Tingkatan 5
  • 5 Sains 1 (5SC1)
  • 5 Sains 2 (5SC2)
  • 5 Sains Agama (5SA)
  • 5 Sains Teknologi Agama (5STA)
  • 5 Sains Teknologi 1 (5ST1)
  • 5 Sains Teknologi 2 (5ST2)
  • 5 Sains Sukan (5SS)
  • 5 Vokasional Teknikal 1 (5VT1)
  • 5 Vokasional Teknikal 2 (5VT2)
  • 5 Mata Pelajaran Vokasional (5MPV)

Tingkatan 6 Rendah
  • 6 Rendah Sains 1 (6RS1)
  • 6 Rendah Sains 2 (6RS2)
  • 6 Rendah Kemanusiaan 1 (6RK1)
  • 6 Rendah Kemanusiaan 2 (6RK2)
  • 6 Rendah Kemanusiaan 3 (6RK3)
  • 6 Rendah Kemanusiaan 4 (6RK4)

Tingkatan 6 Atas
  • 6 Atas Sains 1 (6AS1)
  • 6 Atas Sains 2 (6AS2)
  • 6 Atas Kemanusiaan 1 (6AK1)
  • 6 Atas Kemanusiaan 2 (6AK2)
  • 6 Atas Kemanusiaan 3 (6AK3)
  • 6 Atas Kemanusiaan 4 (6AK4)
Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf
Jalan Ilmu
31000, Batu Gajah
Negeri Perak, Malaysia

Telefon = 6053633203
Fax = 6053669271
Asrama = 6053661612


0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More